Selasa, 23 Oktober 2012

untuk si dia



 kau adalah hal terindah yang diriku miliki
aku tidak ingin merusak keindahanmu . . . 
dan aku juga tak ingin kau merusak keindahanmu . . . . 

diriku hanyalah pisau tajan untuk mu . . . 
diriku hanyalah duri yang akan menyakitimu . . . 
maaf jika aku tak dapat bersama dirimu
walau ku tahu kau mencintaiku
walau ku tahu aku sangat penting bagimu . . . 
namun andai kau tahu aku juga sangat meyanyangimu . . . 
kau juga penting untukku . . . 
tetap saja aku tak dapat bersama dirimu . . . 

duniaku  . .  . . . . .
dunia mu . . . . . .
bukan . . . . . . . . . .  .. 
ini hanya tentang duniaku . . . . . .
aku tak ingin kau berada dalam duniakuu . . . . 
yang nantinya hanya akan menhyakitimu . . . . . 
yang nantinya akan membuatmu terluka . . . .  

duniamu . . . . . 
mungkin seharusnya aku masuk kedalam duniamu . . . 
tidak . . . . . . 
aku tidak dapat melakukannya . . . . . 
karna dengan aku melaukannya aku akan membuat orang - orang di duniaku akan lebih terluka
maaf karna aku selalu mengabaikanmu . . . . 
maaf karna aku tak memikirkan dirimu . . . 
maaf karna aku egois terhadap dirimu . . . .

jadi . . . . . 
aku mohon pada mu jangan berada di tempat itu . . . .
jangan bertahan di tempat itu . . . . . 
jangan menungguku . . . . . 
jangan manantiku  .. . . . 
jangan bertahan di sisiku  . . . 
jangan berada di sampingku . . . 
karna itu akan membuatmu terluka . . . . 
karna akan sulit untukku . . . . . . 
jika kau menunggu  . . . . . . 
bukan aku . . . . . ]
dan tidak seharusnya itu aku . . . . .

jangan menangis  . . . . . . 
tersenyumlah . . . . . 
tersenyumlaah untuk dirimu sendiri dan duniamu . . . . 
jangan tersenyum untukku . . . .

aku kan menghilang . . . . 
aku akan pergi dari dirimu . . . . . . 
tersenyumlah . . . . .

dan baik - baiklah untuk orang - orang yang mnyanyangimu . . 

Khamis, 11 Oktober 2012

kekadang indah dan kamus hidup aku


Tentang aku

Assalamualaikum, Alhamdulillah, siap sudah blog yang aku inginkan. Sungguh selama ni memang banyak blog yang sudah dicipta tapi masih ragu-ragu hala tujunya dan akhirnya gelap. Tetapi tergerak hati untuk menaip dan menulis di blog sendiri dan ramai lagi.  ini, bukanlah wang yang dicari tapi kepuasan dalam setiap yang disampaikan. Sememangnya niat ingin menyebarkan setiap apa yang aku diblog ini ke dunia luar sangat-sangat mendalam dan insyaAllah boleh jadi. Kerana tiada yang mustahil.salam??? Mungkin kini aku perlu nekad, Tiada lagi kebudakan. Tiada lagi gurau yg berlebihan. Tiada lagi keanak-anakkan. Moga ku berjaya.Aku mahu menjadi aku.Rasa kosong. Aku insan kotor. Keaiban dan dosa melambung tinggi. Mungkin sudah tiba saat untuk berhenti, Aku tak mahu membawa sesiapa ke neraka. Kalau benar, biar aku seorang , Aku tak mahukan ia tapi banyak tindakan aku terjerumus kepadanya. Maafkan aku.Aku silap dalam menjaga hubungan sesama manusia dan juga hubungan kepada allah.Berikan yang terbaik agar dapat yang terbaik. Andai tak jua, mungkin pada diri ini ada kurangnya. Jangan mempersalah kerana kita akan dipersalah. Aku pilih terus terang tapi aku yg terima kesannya. Itu buat aku takot . Aku bukan jenis diam dan pendam. Terus.terang.Kenapa dengan aku.Gagal lagi kawal emosi. Kenapa perlu jadi bodoh.Kenapa perlu jadi dungu.Yang berlalu biarkan berlalu.Tak perlu terdesak atau tertekan. Biarkan damai yang dicari. Duduk diam. Duduk senyap. Terima.Sebenarnya aku ini siapa. Insan yang terhegeh atau naif? Kenapa aku sering rasa diri ini x layak ada perasaan? Mungkin sebab sudah penat dilayan bagai aku tiada hak berperasaan. Pernah jua aku disisih. Sebab memang aku tiada kepentingan. Itu sebab aku suka menyendiri. Jauh dari manusia yang pentingkan diri dan emosi sendiri. Lagi kecewa bila aku dinafikan hak aku. Entah. Aku dalam dunia manusia hedonisme.Salah itu aku, hanya dipundakku. Mungkin bila ia kian berat dan tak tertanggung lagi. Aku jatuh dan berhenti. Aku menyerah kalah saat itu. Harap tak begitu.Tetapkan hatiku wahai allah tuhan sekalian alam. tika ini aku merintih penuh rasa kehambaan dan kehinaan, hanya pada mu aku berdoa dan aku luahkan. hati aku sedang sakit. kosong yang lama mungkin. hadis dan quran jauh dari aku utk beberapa bulan ini, aku rindukan petunjuk hidayahmu.allah tuhan agung. campakkan aku kecintaan aku padamu. kembalikan fokus ak pada mengagungkanmu,, aku leka. aku lalai. jangan kau buang aku kerana aku melupaimu. tak sanggup aku hidup dalam dunia milikmu seandainya aku tiada dalam pemerhatiaan mu. jangan sisihkan aku.allah tuhan alam dan galaksi. aku bukanlah hamba yang selalu dalam jln yg lurus.bimbinglah aku..kurniakan dan berilah aku pembimbing. aku tak sanggup lagi jauh dari mu. aku mula rasa sepi dan kosong.duhai pencipta hati manusia..tetapkan hati aku, berikan aku hidayah. kurniakan aku kesabaran. titipkan pada diriku rasa rindu dan cinta yang berpanjangan kepadamu. tunjukkan dan bimbingi aku ke jalan yang lurus.

Kisah dan tentang pertemuan ;noor haziela
 
Kisah ku brmula dari sini.kali pertama aku menjejak kaki ku ke sini ,aku merasakn bagai mimpi..tp aku mencuba untuk memikirkaan masa depan aku yang terlalu panjang lg..dalam kesepian aku disini , aku ditemukan dengan seseorang wanita yang benar-benar aku rasa ingin memilikinya, sehingga aku merasa dia sebagai teman sejiwa aku, wlaupun sekadar aku berdiri pada bayang ku sendiri..aku mengenalinya,aku mula tertarik dgn nya ,tp aku tkut sbb perasaan nya tidak mungkin sama yg aku rasakan…sebelum aku igin memiliki hatinya,pertama skali yg harus aku laluai  aku harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun aku‘dia bukan untuk aku? Selepas beberapa bulan aku mengenalinya,hati aku mula terdetik,hati aku  mula brbicara yg perasaan aku ingin menyintainya..dia memberi seribu harapan..lalu ku truskan dgn angan angan yang belum tahu bila akn pasti…aku bahagia mengenalinya..tiap tiap masa pasti kami bersama..sehingga lah suatu ketika sumuanya dh brubah..smuanya dah tak jadi mcm dlu..dia semakin jaukaan diri dari aku dan melayani aku begitu teruk sekali..wlaupun dalam hati ni tak boleh brkata apa apa,tp aku teruskan untuk bangkit semula..sebelum tu prasaan ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hati ku ketika itu‘tp dia yang bukan untuk ku’ bagaimanapun juga tak akan boleh aku lenyapkan dari hati dan fikiran aku?aku ingin mencuba untuk melakukan yang termampu yang aku mampu trhadapnya ..tp boleh ke aku brbuat demikaian..Pernah suatu ketika aku ingin berteriak melepas semua beban dari hatiku namun ‘dia yang bukan untuk aku’ itu berada semakin kuat dalam hatiku ini..mengapa???tuhan aku begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu ku masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari aku tahu aku boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untuk aku’ ?wlaubgaimanaa pun aku terus dan terus berusaha untuk menjaga hati dia dan mengisi relung jiwa aku ini dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun aku sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana aku teramat menyayanginya?   Syg aku rela melakukan sesuatu untuk mu dengan rela bukan kerana terpaksa.kalau boleh tiap tiap masa aku  sentiasa ingin menghiburkan mu dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.aku tahu aku terlalu banyak menasihati kerana aku amat menyayangi mu syg,akutakut kehilangan kehilangan mu..bah kan aku tidak mahu lelaki lain rapat dengan 
                                                                                  nazir harun:::(


Selasa, 9 Oktober 2012

usah berharap pada yang tidak sudi



iooo kali ku xigin 

Sekiranya cinta anda putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi redhalah ..

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti…

Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…

nazir : Cinta Abadi Kepada Tuhanku Allah Maha Besar..

Ahad, 7 Oktober 2012

aku mahu berubah


 nazir perlu berubah tp?? 

Assalamualaikum..

Tertiba jew datang mood nk berubah…(np aku ney jahat sgt ke????xlh la nakal cket jew…hihihi)biase la zaman remaja kn???smua orang pnah melakukan kesilapan kn??termasuk la aku.kadang2 mood ney kita xblh nk jangka..lagi2 kalu mood sdih n bersalah datang.Sekarang mcm2 aku dapat rase perasaan ney..yang paling teruk rasa bersalah atas dosa dosa lalu..Entahlah.klu aku ckp nk berubah tup..tup xberubah gak..sme jer…ttap lakukan bende sme..huhuhu

Aku xtaw nk ckp ap skunk ney.Kalau kita manusia,mesti lah kita nk berubah ingin menjadi lebih baik dan lebih baik pada smua orang kn???Aku dosa dgn diri aku sendiri.Aku dosa dgn ibu bapa aku sendiri.Aku dosa dgn orang2 sekeliling aku.Dan yang paling utama aku dosan dgn kau Ya Allah.Ya Allah aku mahu berubah!!!Bantu lah aku Ya Allah,kau kuatkan lah imanku Ya Allah,kau jauhkn lah aku dari tipu daya duniawi Ya Allah,kau kuatkn lah semagat ku Ya Allah.Jangan lah biarkan aku tersungkur dijalan rapuh ini Ya Allah,Ya Allah aku leka dalam menunaikan hak2 Mu.Aku leka dengan kemewahan duniawi hingga aku abaikan  segala perintah Mu Ya Allah.

Subhanallah.Subhanallah.Subhanallah.Subhanallah.

Duhai hati,

Tetapkan lah niat ku,jangan lah kau biarkn tergantung di separuh awangan.

Duhai hati,

Kau kuatkan lah iman di dadaku untuk terus mencintai mu Ya Allah.

wasalam..=(

07/10/2012:::jayyy

kepadamu kekasih


Khas buat noor haziela!




Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.

Sayang, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih baik darimu. Yang Tak pernah Mengantuk dan Tak Pernah Tidur. Yang siap terus menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan di sepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apapun yang kuminta. DIA yang Bertahta, Berkuasa, dan Memiliki Segalanya.

Maaf sayang, tetapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding Dia. Kau sangat lemah, kecil, dan kerdil di hadapanNya. Walaupun kau begitu rupawan lagi cantik, DIA lebih indah dan bercahaya dari dirimu. DIA berbuat apa saja sekehendakNya kepadamu. Dan sayang, aku khuatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut, hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal Dia, Maha Kuat, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.

Sayang, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti akan ditanyakan olehNya. DIA boleh murka. Marah kerana aku telah berbuat hal-hal yang tak sepatutnya padamu, marah kerana aku pernah mendahului takdirNya dengan mengajakmu untuk menungguku menjadi isteriku kelak padahal itu belum pasti adanya. Dia boleh Marah. Tetapi sekali lagi semua belum terlambat. Kalau kita bertaubat sekarang, semoga DIA mahu Memaafkan dan Mengampuni. Sayang, DIA Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.

Sayang, jangan marah. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku padaNya, tidak pada selainNya. Tetapi tak cuma aku, Sayang, Kau pun boleh menjadi kekasihnya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.

Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. Insya Allah, DIA mempunyai rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang lelaki soleh. Ya, lelaki soleh yang pasti lebih baik dari diriku saat ini.

Itulah ikatan terbaik. Tak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin di dunia. Tak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah di telaganya, lalu baginda pun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sjuk dari aiskrim beku
Maaf. Tak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini akan merosak hati.  Aku tak ingin engkau memiliki sedikit rasa ria (sombong) sedikitpun di hatimu ketika akan beribadah, kerana itu sangat dibenci oleh Allah dan tak akan diterima amalnya.

Jangan pernah ditanya sebesar mana cintaku padamu. Kerana yang pasti ku tak akan mencintaimu melebihi penciptaku.

Jangan pernah ditanya pula apakah cintaku padamu tak akan luntur. Kerana yang pasti ku tak akan melunturkan cintaku kepada penciptaku.

Dan jgn sekali-kali bertanya apakah aku tak akan mengkhianatimu. Kerana yang pasti ku akan selalu mencintai penciptaku.

seiklas muhd nazir:

Surat Dari Kekasih Untuk Mu Yang Selalu Ku Cintai


Buat teristimewa:::by nazir





Saat kau bangun di pagi hari,
Aku memandangkan dan berharap engkau akan berbicara,
Kepada-Ku……..
Bercerita, meminta pendapat-Ku, mengucapkan sesuatu untuk-Ku
Walau pun hanya sepatah kata….

Atau berterima kasih kepada Ku,
Atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidup mu semalam
Kelmarin atau waktu yang lalu….
Tetapi Ku lihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri
Untuk pergi bekerja….
Tak sedikit pun kau menyedari Aku dekat dengan mu..

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagi mu untuk berhenti
Dan menyapa Ku, tetapi engkau terlalu sibuk…
Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apa pun…
Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kaki mu
Aku berfikir engkau akan datang kepada Ku….
Tetapi kau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman
Untuk sekadar berbincang-bincang….

Aku melihat ketika engkau pergi bekerja dan
Aku menanti sabar sepanjang hari
Namun dengan semua kegiatan mu,
Ku fikir kau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu
Kepada Ku….

Sebelum makan siang, Aku melihat mu memandang ke sekeliling
Mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepada Ku…
Itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikit pun menyapa Ku…

Engkau memandang tiga atau empat meja di sekitar mudan
Melihat beberapa teman mu berbicara dan menyebut nama Ku
Dengan lembut sebelum manyantap makanan yang Ku berikan….
Tetapi engkau tidak melakukannya……….

Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tesisa dan
Aku masih berharap engkau akan datang kepada Ku….
Meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatan
Seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan
Setelah tugas mu selesai, engkau menyalakan TV…

Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak
Hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan
Banyak waktu setiap hari di depannya…
Tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara
Yang ditampilkan….
Hingga wakyu-waktu untuk Ku dilupakan….

Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati
Makananmu tetapi sesekali engkau lupa menyebut
Nama Ku….
Dan berterima kasih atak makanan yang telah Ku berikan….

Saat tidur Ku fakir kau merasa terlalu letih
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluarga mu
Kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa
Sepatah kata pun namaKu kau sebut
Tidak apa-apa kerana mungkin engkau masih belum menyedari
Bahawa Aku selalu hadir untukmu….
Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari……
Aku bahkan ingin mengajarkabn bagaimana bersabar
Terhadap orang lain…..

Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan
Sepatah kata darimu, ucapan isi hatimu….
Namun tak kunjung tiba…

Baiklah…engkau bangun kembali dan kembali Aku
Menanti dengan kasih bahawa hari ini kau akan
Memberikan Ku sedikit waktu untuk menyapa Ku…..
Tapi yang Ku tunggu….Ah tak juga kau menyapaKu…
Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh berlalu…
Dan kau masih mengacuhkan Aku
Tiada sepatah kata, tiada seucap doa,tiada pula harapan
Dan keinginan untuk bersujud kepada Ku……

Apakah salah Ku kepada mu……? Rezeki yang Aku limpahkan…
Penglihatan yang Ku berikan, harta yang Ku relakan untuk mu
Makanan yang Ku hidangkan, keselamatan yang Ku kurniakan….
Kebahagiaan yang Ku anugerahkan….
Apakah hal itu tidak membuat ingat kepada Ku!!!?????

Percayalah………Aku selalu mengasihi Mu……
Berharap suatu ketika nanti engkau akan menyapaKu..
Memohon perlindungan Ku,bersujud menghadap Ku…
Kembali kepada Ku…….

Yang selalu menyertaimu setiap saat

surat buatmu

Assalamualaikum.. Apa khabar imanmu? Alhamdulillah.. ALLAH SWT mengizinkan jari jemari ana utk menulis sedikit coretan buatmu, bakal isteriku..moga tinta yg hina ini memberi manfaat buatmu..insya-ALLAH.. dgn izin-Nya jua ...iklas dari nazir




Sudah hampir empat thun aku mngenali dirimu, empat tahun jugalah
kotak fikiranku hanya menayangkan wajah ayumu. Di awal perkenalan, aku umpama seekor rama2 yang terbang di kala ribut taufan melanda...Bila kurindu padamu,
aku menghantar sms padamu, tapi hasrat untuk aku menyatakan aku rindu padamu mungkin tidak kesampaian menyebabkan rinduku jarang sekali terbalas. Biarpun aku tahu waktu itu dirimu kurang meminati diriku, namun aku teruskan jua usaha untuk menarik perhatianmu.
Tiap kali smsmu terpamer di skrin hpku, aku rasakan bahagia berlegar2 disekitarku.
Walaupun sms itu hanya ingin menimbus kebosanan yang melanda dirimu...

Bila aku melihat wanita bertudung, hanya dirimu yang kubayangkan, aku merindui dirimu, walau aku tahu dirimu tidak merinduiku…Pernah suatu ketika, diriku tidak mampu mengawal perasaan rindu padamu, aku mendapatkan sekeping kertas lalu kuukir wajahmu, lakaran halus yang lahir dari hati sanubariku, lakaran yang membuatkan rinduku hampir terubat...aku nekad menghadiahkan lukisan itu padamu, untuk tatapanmu, untuk kamu menilai diriku....Sebagai bukti diriku hanya mengingati dirimu, aku mengharapkan pemberian itu dapat mengubah situasi dan meleraikan segala kekusutan yang melanda...Alhamdulillah lukisan itu kamu terima dengan penuh kegembiraan.Satu sms telah aku terima darimu menyatakan yang dirimu menyukai lukisan itu..

Saat itu aku rasakan akulah insan yang paling bahagia di dunia ini kerana dapat membuatkan dirimu tersenyum. Aku rasakan aku begitu hampir untuk memiliki dirimu, walaupun aku masih meragui perasaanmu. Kadang2 aku tersenyum sendirian apabila memikirkan lukisan potret wajahmu itu telah engkau tempelkan pada dinding rumahmu...itu aku saksikan sendiri semasa pertama kali aku melangkah kaki ke rumahmu...Alangkah gembiranya hatiku saat itu...

Engkau pernah menyatakan yang engkau sayang padaku, hatiku semakin yakin yang dirimu sememangnya berperasaan sama sepertiku, walaupun ungkapan itu hanyalah terbit dari sms, hatiku tetap tidak menafikannya, Aku betul2 percaya yang dirimu memang mencntaiku…Sekali lagi aku tersenyum sendirian. Setelah beberapa ketika, baru aku sedar yang ungkapan itu sebenarnya tidak memberikan apa2 makna pun pada dirimu…Aku sentiasa menunggu, menunggu dan tetap menunggu..

Ingin sekali aku mendengar suaramu, aku mengangkat gagang telefon untuk menghubungimu, tapi lidahku memberi isyarat bahawa aku tidak mampu berkata2, tatkala mendengar suaramu, lidahku kelu…langsung mematikan niatku lantas gagang itu kuletakkan ditempat asalnya. Aku gelisah, smsku jarang sekali terjawab…aku terfikir, adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan?

Hari demi hari, perasaanku masih tidak berubah, malah rinduku semakin mendalam…setiap apa yang aku lakukan hanyalah untukmu, hanya kamu dalam hatiku, kadang2 aku cuba untuk menafikannya, aku tidak terdaya, aku sememangnya mencintai dan menyayangimu…Dan perasaan ini tidak pernah kualami selama aku bernafas di bumi tuhan ini… di kala itu mungkin hatimu tidak langsung peduli akan diriku. Aku masih menghubungimu melalui sms…walaupun tidak terjawab, hatiku senang asalkan kamu tahu yang aku sentiasa mengingatimu.

Kadang-kadang aku cuba memujuk diriku supaya kembali ke dunia sebenar, dunia nyata, bukan dunia khayalan yang aku sendiri cipta, yang aku sendiri tidak pasti apakah dunia ciptaan aku ini dapat menyiram dan menyuburkan kebunan bunga yang belum menampakkan putik-putiknya. Aku cuba membuka pintu hatiku untuk gadis-gadis lain…Saat itulah baru aku percaya apa yang diperkatakan oleh para pencinta di luar sana adalah benar, cinta sememangnya tiada paksaan, cinta tidak pernah meminta, cinta hanya memberi dengan rela…Aku tidak mampu meletakkan mana2 hati dalam jiwaku selain dirimu…Ohh! Betapa kuatnya persaan cintaku terhadapmu sayang. Sehinggakan aku sendiri keliru dengan keadaanku.

Pabila menyendiri, hatiku seringkali bertanya mengapakah aku amat mencintai gadis itu? Mengapakah dirinya selalu menjelma di kala sunyi? Apakah aku betul2 sudah jatuh hati pada yang tak sudi? Aku cuba mencari kepastian…Aku selongkar perasaanku untuk menemukan jawapan. Namun aku gagal, kadangkala aku tidak kenal siapa diriku yang sebenarnya. Aku dalam kekeliruan… Hari-hariku kadangkala gelap, kadangkala sepi, kadangkala suram…Aku merasakan aku sedang mencari sesuatu di lapangan yang tiada bercahaya.

Melihat pasangan kekasih sedang berpimpin tangan, aku bayangkan yang mereka adalah aku dan kamu, terpandang sepasang burung sedang berehat di atas kabel elektrik pun aku membayangkan itu adalah kita…Kerana itu yang aku inginkan,itu yang aku mahukan, itu yang aku dambakan, ‘aku dan kamu saling menyayangi’. Tapi aku kurang kepastian…Persoalan demi persoalan tercalit di benak ku. Calitan itu kadang-kadang menitiskan darah yang tidak berwarna.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, walaupun pondok sudah bertukar menjadi banglo, hutan berubah menjadi kota, lalang bertukar menjadi padang permainan, namun hatiku…hatiku ini tidak pernah berubah sama seperti semua itu…Aku hanya menantimu, menunggu kata cinta darimu. Pernah sekali aku bagaikan dirasuk, jiwaku tidak tenteram, wajahmu bermain2 di mindaku, aku mencapai hensetku, berpuluh2 sms kuhantar dalam satu masa…Hanya untuk menyedarkanmu, memberitahumu yang aku merinduimu…Tapi apa yang aku dapat hanyalah satu sms biasa darimu, sedikit pun tidak menggambarkan yang engkau mencintai diriku….lantas aku mendekati cermin,lalu aku merenung wajah yang muncul didepanku itu, aku berkata-kata pada wajah itu…Aku bertanya pada wajah itu, aku kecewa, wajah itu tidak langsung memberikan jawapan seperti yang aku mahukan. Aku dapat rasakan yang wajah itu dalam kesedihan, mungkin sama seperti diriku.

Sejak dari itu aku mula patah semangat. Aku terdengar satu suara, mungkin suara hatiku, membisikkan kata-kata supaya aku melangkah ke satu arah yang pasti. Pada mulanya aku tidak percaya dengan kata2 itu, aku membenci kata2 itu..Aku menutup telinga, menutup mata. Tapi suara itu tetap memujukku. Lama kelamaan suara itu membuatkan aku sedar yang aku hanya bermain dengan bayngmu…Walaupun hatiku masih merindui dan menyayangimu, aku cuba untuk tidak menghubungimu, kerana aku tahu yang dirimu tidak memerlukan aku. Aku pasrah dan redha….

Belum pun sempat aku mengotakan janjiku pada bisikan itu, tiba-tiba satu sms darimu menyatakan yang kamu memerlukan aku., kamu sayang padaku, kamu ingin bersamaku…Aku jadi tak keruan, gelabah, gelisah dengan kata2 itu. Aku masih tidak percaya, aku inginkan kepastian…Aku mengambil keputusan untuk berjumpa denganmu..Pertemuan demi pertemuan mula membenihkan bibit2 cinta antara aku dan kamu. Aku sangat2 pasti kali ini adalah bukan kebahagiaan palsu seperti yang pernah ku alami sebelum ini…

Kini, abg telah menjadi kekasih malah tunang ayg yang paling ayg sayangi. Abg bahagia bersama ayg, abg bersyukur dapat memiliki ayg.Abg takkan sia-siakan apa yang telah abg dapat. Abg nekad untuk menjaga ayang, menjadikan ayang ratu hati abg, ratu jiwa abg. Abg mengharapkan kita bahagia hingga ke akhir hayat

Ada kalanya kita berselisih pendapat, salah faham, hadirnya ancaman-ancaman luar dan berbagai macam masalah yang timbul yang boleh menganggu gugat hubungan kita…Sebenarnya itu semua adalah dugaan dan cabaran dalam tempoh bertunang. Bergantung pada kita sendiri bagaimana cara kita berhadapan. Jika kita kuat dan kita sedar yang semua itu adalah rancangan syaitan semata-mata, ianya tidak akan menggugat kebahagiaan kita.InsyaAllah!...

Syaitan sentiasa berusaha untuk membina jurang antara kaum Adam dan Hawa yang hendak disatukan, itu adalah janji syaitan pada tuhan. Masalah-masalah yang timbul itu sebenarnya bertujuan mengajar kita untuk bersabar, berfikir dan dalam sesetengah keadaan ia sebenarnya boleh merapatkan lagi ikatan antara kita jika kena cara dalam mengatasinya.

Abang selalu mendoakan kebahagiaan kita, abg selalu bercakap dengan tuhan, abg sering merayu-rayu padaNya agar diberikan kebahagiaan yang hakiki untuk kita dan melindungi ikatan ini dari segala bentuk halangan yang boleh merosakkan…Abg mengharapkan hubungan ini berkekalan hingga ke anak cucu, hingga ke akhir hayat kita. Semoga tuhan meredhai ikatan suci ini…Amin