Syukur
pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera
memperbaharui taubat.
Sayang,
rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih baik darimu. Yang Tak
pernah Mengantuk dan Tak Pernah Tidur. Yang siap terus menerus Memperhatikan
dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan di sepertiga terakhir malam. Yang
siap Memberi apapun yang kuminta. DIA yang Bertahta, Berkuasa, dan Memiliki
Segalanya.
Maaf
sayang, tetapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding Dia. Kau sangat lemah, kecil,
dan kerdil di hadapanNya. Walaupun kau begitu rupawan lagi cantik, DIA lebih
indah dan bercahaya dari dirimu. DIA berbuat apa saja sekehendakNya kepadamu.
Dan sayang, aku khuatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya
cemburu. Aku takut, hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal Dia,
Maha Kuat, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.
Sayang,
belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti
akan ditanyakan olehNya. DIA boleh murka. Marah kerana aku telah berbuat
hal-hal yang tak sepatutnya padamu, marah kerana aku pernah mendahului
takdirNya dengan mengajakmu untuk menungguku menjadi isteriku kelak padahal itu
belum pasti adanya. Dia boleh Marah. Tetapi sekali lagi semua belum terlambat.
Kalau kita bertaubat sekarang, semoga DIA mahu Memaafkan dan Mengampuni.
Sayang, DIA Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha
Penyayang, Maha Bijaksana.
Sayang,
jangan marah. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku padaNya, tidak
pada selainNya. Tetapi tak cuma aku, Sayang, Kau pun boleh menjadi kekasihnya,
kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.
Caranya
satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan
kita ini. Insya Allah, DIA mempunyai rencana yang indah untuk masa depan kita
masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang
dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang lelaki soleh. Ya, lelaki
soleh yang pasti lebih baik dari diriku saat ini.
Itulah
ikatan terbaik. Tak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin di
dunia. Tak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah di
telaganya, lalu baginda pun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari
madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sjuk dari aiskrim beku
Maaf.
Tak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini akan merosak
hati. Aku tak ingin engkau memiliki
sedikit rasa ria (sombong) sedikitpun di hatimu ketika akan beribadah, kerana
itu sangat dibenci oleh Allah dan tak akan diterima amalnya.
Jangan
pernah ditanya sebesar mana cintaku padamu. Kerana yang pasti ku tak akan
mencintaimu melebihi penciptaku.
Jangan
pernah ditanya pula apakah cintaku padamu tak akan luntur. Kerana yang pasti ku
tak akan melunturkan cintaku kepada penciptaku.
Dan
jgn sekali-kali bertanya apakah aku tak akan mengkhianatimu. Kerana yang pasti
ku akan selalu mencintai penciptaku.
seiklas muhd nazir:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan