surat cinta buat bakal "isteriku"
Itulah
fitrah manusia
Namun
aku terlalu takut
Jika
aku tersungkur dengan cinta nafsu
Yang
hanya memberikan kekecewaan daripada kegembiraan
Tidak
seperti cinta hakiki, cinta Illahi
Yang
sentiasa memberiku kebahagiaan, keimanan
Juga
semangat dalam berjuang untuk aku menggapai cinta-Nya..
Sungguhku
tahu diri ini tidak layak dambakan mujahid yang hatinya pada perjuangan Islam
Namun
pasti seburuk mana pun seseorang itu pasti akan dambakan yang terbaik
Begitulah
juga diriku yang hina dan kerdil ini..
Aku
dambakan mujahid berhati perjuangan Islam
Bersemangat
dalam dakwahnya
Untuk
berjihad di jalan Allah
Memimpin
pejuang Islam selain dirinya ke arah-Nya
Agar
aku merasa semangatnya dan bersama dalam perjuangan ini..
Aku
dambakan mujahid yang faham dan kenal agamanya
Tahu
apa hukum hakamnya dan amalkannya
Agar
hanya yang halal akan menghiasi rumahtangga kami
Namun
tidaklah ku dambakan ustaz mahupun hafiz berjiwa besar
Cukup
sekadar mujahid berjiwa tafaqquh fiddin..
Aku
dambakan mujahid yang cinta utamanya Allah dan Rasulullah
Agar
bertambah kekuatanku untuk sama mencintai-Nya dan Rasul-Nya
Kerana
dia akan sering bercerita tentang cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya
Yang
akan melakar keindahan dalam hubungan kami
Semuanya
kerana Allah dan Rasul-Nya..
Aku
dambakan mujahid yang yakin pada kepimpinannya
Yang
menghiasi keluarga kami dengan kehidupan pasangan muslim yang besar jiwa
Islamnya
Agar
kami menjadi keluarga bahagia berjiwa Islam
Dengan
lahirnya anak soleh dan solehah
Yang
menjadi tinggalan setelah kami ‘pergi’
Kerana
kurangnya keluarga yang berjiwa Islam pada zaman kini
Yang
padaku segalanya bermula daripada si suami
Yang
memimpin dan menerapkan Islam dalam keluarganya
Jatuh
nakhoda, karamlah kapalnya..
Aku
dambakan mujahid yang tinggi rasa tanggungjawabnya
Agar
bijak merancang apa yang perlu dalam keluarga kami
Memberi
nafkah pada diriku juga kelahiran kami nanti
Membantuku
dalam melakukan kerja-kerja kediaman kami
Sungguhpun
aku tahu itu tanggungjawabku
Tetapi
aku juga mahu dia turut sama membantuku
Untuk
meringankan kerjaku..
Aku
dambakan mujahid yang ikhlas juga penyayang hatinya
Untuk
mencintaiku setulusnya
Menerimaku
seadanya
Menegur
juga memperbetulkan diriku tika ada salahnya..
Kerana
aku akan berusaha untuk mencintaimu setulusnya
Menegur
dan memperbetul dirimu tika kau ada salahnya
Walau
kita tidak pernah bersua juga berbicara cinta sebelum kita bersama
Mencintai
dan dicintai kerana Allah...
Wallahua'lam
wa insya-ALLAH..
°♥°


Tiada ulasan:
Catat Ulasan