iooo kali ku xigin
Sekiranya
cinta anda putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri.
Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan
ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak
sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai
keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta
yang sudah pergi redhalah ..
Jika
bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu
menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai
cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan
hidup. Gunalah akal dan fikiran.
Bila
kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan
cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah
kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang
kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus
mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang
sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus
kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak
terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti…
Di
mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau
kemudian…
nazir
: Cinta Abadi Kepada Tuhanku Allah Maha Besar..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan