Assalamualaikum..
Apa khabar imanmu? Alhamdulillah.. ALLAH SWT mengizinkan jari jemari ana utk
menulis sedikit coretan buatmu, bakal isteriku..moga tinta yg hina ini memberi
manfaat buatmu..insya-ALLAH.. dgn izin-Nya jua ...iklas dari nazir
Sudah
hampir empat thun aku mngenali dirimu, empat tahun jugalah
kotak
fikiranku hanya menayangkan wajah ayumu. Di awal perkenalan, aku umpama seekor
rama2 yang terbang di kala ribut taufan melanda...Bila kurindu padamu,
aku
menghantar sms padamu, tapi hasrat untuk aku menyatakan aku rindu padamu
mungkin tidak kesampaian menyebabkan rinduku jarang sekali terbalas. Biarpun
aku tahu waktu itu dirimu kurang meminati diriku, namun aku teruskan jua usaha
untuk menarik perhatianmu.
Tiap
kali smsmu terpamer di skrin hpku, aku rasakan bahagia berlegar2 disekitarku.
Walaupun
sms itu hanya ingin menimbus kebosanan yang melanda dirimu...
Bila
aku melihat wanita bertudung, hanya dirimu yang kubayangkan, aku merindui
dirimu, walau aku tahu dirimu tidak merinduiku…Pernah suatu ketika, diriku
tidak mampu mengawal perasaan rindu padamu, aku mendapatkan sekeping kertas
lalu kuukir wajahmu, lakaran halus yang lahir dari hati sanubariku, lakaran
yang membuatkan rinduku hampir terubat...aku nekad menghadiahkan lukisan itu
padamu, untuk tatapanmu, untuk kamu menilai diriku....Sebagai bukti diriku hanya
mengingati dirimu, aku mengharapkan pemberian itu dapat mengubah situasi dan
meleraikan segala kekusutan yang melanda...Alhamdulillah lukisan itu kamu
terima dengan penuh kegembiraan.Satu sms telah aku terima darimu menyatakan
yang dirimu menyukai lukisan itu..
Saat
itu aku rasakan akulah insan yang paling bahagia di dunia ini kerana dapat
membuatkan dirimu tersenyum. Aku rasakan aku begitu hampir untuk memiliki
dirimu, walaupun aku masih meragui perasaanmu. Kadang2 aku tersenyum sendirian
apabila memikirkan lukisan potret wajahmu itu telah engkau tempelkan pada
dinding rumahmu...itu aku saksikan sendiri semasa pertama kali aku melangkah
kaki ke rumahmu...Alangkah gembiranya hatiku saat itu...
Engkau
pernah menyatakan yang engkau sayang padaku, hatiku semakin yakin yang dirimu
sememangnya berperasaan sama sepertiku, walaupun ungkapan itu hanyalah terbit
dari sms, hatiku tetap tidak menafikannya, Aku betul2 percaya yang dirimu
memang mencntaiku…Sekali lagi aku tersenyum sendirian. Setelah beberapa ketika,
baru aku sedar yang ungkapan itu sebenarnya tidak memberikan apa2 makna pun
pada dirimu…Aku sentiasa menunggu, menunggu dan tetap menunggu..
Ingin
sekali aku mendengar suaramu, aku mengangkat gagang telefon untuk
menghubungimu, tapi lidahku memberi isyarat bahawa aku tidak mampu berkata2,
tatkala mendengar suaramu, lidahku kelu…langsung mematikan niatku lantas gagang
itu kuletakkan ditempat asalnya. Aku gelisah, smsku jarang sekali terjawab…aku
terfikir, adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan?
Hari
demi hari, perasaanku masih tidak berubah, malah rinduku semakin
mendalam…setiap apa yang aku lakukan hanyalah untukmu, hanya kamu dalam hatiku,
kadang2 aku cuba untuk menafikannya, aku tidak terdaya, aku sememangnya
mencintai dan menyayangimu…Dan perasaan ini tidak pernah kualami selama aku
bernafas di bumi tuhan ini… di kala itu mungkin hatimu tidak langsung peduli
akan diriku. Aku masih menghubungimu melalui sms…walaupun tidak terjawab,
hatiku senang asalkan kamu tahu yang aku sentiasa mengingatimu.
Kadang-kadang
aku cuba memujuk diriku supaya kembali ke dunia sebenar, dunia nyata, bukan
dunia khayalan yang aku sendiri cipta, yang aku sendiri tidak pasti apakah
dunia ciptaan aku ini dapat menyiram dan menyuburkan kebunan bunga yang belum
menampakkan putik-putiknya. Aku cuba membuka pintu hatiku untuk gadis-gadis
lain…Saat itulah baru aku percaya apa yang diperkatakan oleh para pencinta di
luar sana adalah benar, cinta sememangnya tiada paksaan, cinta tidak pernah
meminta, cinta hanya memberi dengan rela…Aku tidak mampu meletakkan mana2 hati
dalam jiwaku selain dirimu…Ohh! Betapa kuatnya persaan cintaku terhadapmu
sayang. Sehinggakan aku sendiri keliru dengan keadaanku.
Pabila
menyendiri, hatiku seringkali bertanya mengapakah aku amat mencintai gadis itu?
Mengapakah dirinya selalu menjelma di kala sunyi? Apakah aku betul2 sudah jatuh
hati pada yang tak sudi? Aku cuba mencari kepastian…Aku selongkar perasaanku
untuk menemukan jawapan. Namun aku gagal, kadangkala aku tidak kenal siapa
diriku yang sebenarnya. Aku dalam kekeliruan… Hari-hariku kadangkala gelap,
kadangkala sepi, kadangkala suram…Aku merasakan aku sedang mencari sesuatu di
lapangan yang tiada bercahaya.
Melihat
pasangan kekasih sedang berpimpin tangan, aku bayangkan yang mereka adalah aku
dan kamu, terpandang sepasang burung sedang berehat di atas kabel elektrik pun
aku membayangkan itu adalah kita…Kerana itu yang aku inginkan,itu yang aku
mahukan, itu yang aku dambakan, ‘aku dan kamu saling menyayangi’. Tapi aku
kurang kepastian…Persoalan demi persoalan tercalit di benak ku. Calitan itu
kadang-kadang menitiskan darah yang tidak berwarna.
Bulan
berganti bulan, tahun berganti tahun, walaupun pondok sudah bertukar menjadi
banglo, hutan berubah menjadi kota, lalang bertukar menjadi padang permainan,
namun hatiku…hatiku ini tidak pernah berubah sama seperti semua itu…Aku hanya
menantimu, menunggu kata cinta darimu. Pernah sekali aku bagaikan dirasuk,
jiwaku tidak tenteram, wajahmu bermain2 di mindaku, aku mencapai hensetku,
berpuluh2 sms kuhantar dalam satu masa…Hanya untuk menyedarkanmu, memberitahumu
yang aku merinduimu…Tapi apa yang aku dapat hanyalah satu sms biasa darimu,
sedikit pun tidak menggambarkan yang engkau mencintai diriku….lantas aku
mendekati cermin,lalu aku merenung wajah yang muncul didepanku itu, aku
berkata-kata pada wajah itu…Aku bertanya pada wajah itu, aku kecewa, wajah itu
tidak langsung memberikan jawapan seperti yang aku mahukan. Aku dapat rasakan
yang wajah itu dalam kesedihan, mungkin sama seperti diriku.
Sejak
dari itu aku mula patah semangat. Aku terdengar satu suara, mungkin suara
hatiku, membisikkan kata-kata supaya aku melangkah ke satu arah yang pasti.
Pada mulanya aku tidak percaya dengan kata2 itu, aku membenci kata2 itu..Aku
menutup telinga, menutup mata. Tapi suara itu tetap memujukku. Lama kelamaan
suara itu membuatkan aku sedar yang aku hanya bermain dengan bayngmu…Walaupun
hatiku masih merindui dan menyayangimu, aku cuba untuk tidak menghubungimu,
kerana aku tahu yang dirimu tidak memerlukan aku. Aku pasrah dan redha….
Belum
pun sempat aku mengotakan janjiku pada bisikan itu, tiba-tiba satu sms darimu
menyatakan yang kamu memerlukan aku., kamu sayang padaku, kamu ingin
bersamaku…Aku jadi tak keruan, gelabah, gelisah dengan kata2 itu. Aku masih
tidak percaya, aku inginkan kepastian…Aku mengambil keputusan untuk berjumpa
denganmu..Pertemuan demi pertemuan mula membenihkan bibit2 cinta antara aku dan
kamu. Aku sangat2 pasti kali ini adalah bukan kebahagiaan palsu seperti yang
pernah ku alami sebelum ini…
Kini,
abg telah menjadi kekasih malah tunang ayg yang paling ayg sayangi. Abg bahagia
bersama ayg, abg bersyukur dapat memiliki ayg.Abg takkan sia-siakan apa yang
telah abg dapat. Abg nekad untuk menjaga ayang, menjadikan ayang ratu hati abg,
ratu jiwa abg. Abg mengharapkan kita bahagia hingga ke akhir hayat
Ada
kalanya kita berselisih pendapat, salah faham, hadirnya ancaman-ancaman luar
dan berbagai macam masalah yang timbul yang boleh menganggu gugat hubungan
kita…Sebenarnya itu semua adalah dugaan dan cabaran dalam tempoh bertunang.
Bergantung pada kita sendiri bagaimana cara kita berhadapan. Jika kita kuat dan
kita sedar yang semua itu adalah rancangan syaitan semata-mata, ianya tidak
akan menggugat kebahagiaan kita.InsyaAllah!...
Syaitan
sentiasa berusaha untuk membina jurang antara kaum Adam dan Hawa yang hendak
disatukan, itu adalah janji syaitan pada tuhan. Masalah-masalah yang timbul itu
sebenarnya bertujuan mengajar kita untuk bersabar, berfikir dan dalam
sesetengah keadaan ia sebenarnya boleh merapatkan lagi ikatan antara kita jika
kena cara dalam mengatasinya.
Abang
selalu mendoakan kebahagiaan kita, abg selalu bercakap dengan tuhan, abg sering
merayu-rayu padaNya agar diberikan kebahagiaan yang hakiki untuk kita dan
melindungi ikatan ini dari segala bentuk halangan yang boleh merosakkan…Abg
mengharapkan hubungan ini berkekalan hingga ke anak cucu, hingga ke akhir hayat
kita. Semoga tuhan meredhai ikatan suci ini…Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan