Kini
Kau Milik Orang Lain – Suatu Luahan Hati Seorang Lelaki seperti aku
Kini
kau milik orang lain
Air
mata kelelakianku gugur jua biarpun ditahan. Aku kecundang lantaran nokhtah
cinta yang terbina begitu lama terputus di tengah jalan.
Di
dalam tidurku, aku menangis apabila mengenangkan berita mengenai pertunanganmu
Sayangku,
Aku
cukup terkilan dengan nokhtah cinta kita. Di lembah itu kita dipertemukan,
segala pahit maung kita lalui dengan tabah sehinggalah kau berjaya mencapai
kerjaya yang kau impikan. Aku cukup meminati kerjayamu apatah lagi sikapmu.
Lantaran
kesungguhanku untukmu, pelbagai persediaan awal telah kubuat, duit hantaran
kita dan cincin pertunangan. Kusimpan berdikit biarpun aku hanya membuat kerja
kampung.
Aku
sedar sikap berdiam diriku memakan diri. Aku terlalu mengharapkan kawan sebagai
perantaraan antara kisah kita. Puas sudah kukirim surat tapi tidak kesampaian.
Alamat yang diberikan padaku oleh kawan kita salah. Harapkan penyokong,
penyokong membawa rebah. Dikhabarkannya pula bahawa aku sudah mempunyai insan
lain.
Setelah
bertunang, kau menghubungiku untuk memberitahu hal pertunanganmu. Aku cukup
terkejut dan terkilan setelah mendengarnya. Aku tidak dapat menerima hakikat
bahawa kau sudah bertunang. Kau akan
berdampingan
dengan insan lain dan kau akan mengahwini orang lain. Aku tidak dapat menerima
hakikat yang kau akan mendapat anak daripada lelaki lain… cukup tidak dapat aku
terima. Lantaran kecewa dan terkilan dengan sikapmu, aku menghabiskan segala
wang perbelanjaan dalam masa sebulan. Hatiku sebak apabila melihat wang dan
cincin itu.
Juitaku,
Perempuan
tetap dengan sikap hati perempuannya. Begitu mudah berubah. Pernahkah
kaufikirkan pengorbanan yang aku lakukan demi cinta kita? Titisan keringatku
gugur demi membaja cintaku padamu. Berapa lamakah
penantianku
dalam membuang masa menantimu ? Sedikit pun tidak kauhargainya. Khabar angin
mengatakan kau sedia menerima lelaki lain yang baru kaukenali. Cinta yang dibina
seabad lama, dilupa seminit sahaja. Aku cukup kecewa, sayang. Segala kerja
tidak menjadi. Bayangan kecewa, terkilan, kesal membayangi setiap langkahku.
Bulan tidak pernah berubah biarpun awan sentiasa menggamit lalu.
Aku
menginsafi diriku kini, insan haus yang mengharap seteguk air di padang pasir.
Biarpun
puas kucuba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi gagal dewiku. Kau
cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi untuk membencimu. Makin ku
membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau kau akan
dipersiakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan